Friday, June 11, 2010

Facebok??? halal ke haram???

Huhu, ramai citer psl fb skang. Ade yg kte fb haram sbb dbuat oleh pakar IT dr Yahudi. Betul ke????

Haha, mmg itu kebenarannya. Facebook dicipta oleh Mark Zuckerberg, seorang Yahudi Amerika. Dia dikenali dgn kegeniusannye dlm komputer. Dia lah yg mencipta facebook yg kini sudah mula dikenali rami dan menjadi kegilaan remaja.

Memang, die mmg seorang yahudi. Tapi adekah oleh kerana die seorang Yahudi, maka hasil ciptaannya jatuh HARAM????

Sebelum kite jatuhkan ape2 hukum, bace hadis ni dulu.

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ


Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
 
Berdasarkan hadis ini, dapat dinyatakan di sini bahawa TIDAK ADA SATU PUN PENGHARAMAN BUAT UMAT ISLAM MEMBELI PRODUK YAHUDI KECUALI APABILA JELAS IA DIGUNAKAN UNTUK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM. Maka dapat dibuktikan di sini, tidak haram menggunakan facebook.
 
Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM. Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam. Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan. Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Jika ramai yang mengatakan Facebook membantu Yahudi Israel, cube fikir bagaimana mrk memperoleh wang itu? Adakah dari kita? Sedangkan Facebook ni yg aku tau, xde ambik sesen un duit aq.

So, dpt disimpulkan, FACEBOOK TAK HARAM!!!!!

No comments:

Post a Comment