Sunday, November 14, 2010

Anwar, Azmin, Zaid, dan PKR???

Baru-baru ni, PKR terus bergolak dengan krisis pemilihan yang semakin parah. Baru-baru ni, calon Timb Presiden PKR, Datuk Zaid telah menarik diri dari bertanding dan meletakkan kesemua jawatan dalam PKR kerana berpendapat pemilihan PKR begitu kotor. Nada sama juga diuar uarkan oleh seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa kamil Ayub walaupun beliau masih meneruskan hasrat bertanding dalam pemilihan PKR.

Sebenarnya ape yang belaku dalam PKR ni boleh kita klassifikasikan sebagai 2 perkara. Iaitu:


  1. Pemilihan PKR kali ini menunjukkan bahawa PKR cuba menerapkan unsur demokrasi sebenar dalam parti apb semua ahli diberikan hak untuk memilih pemimpin mereka.
  2. Walaubagaimanapun, langkah ini sebenarnya memakan karier politik sesetengah pemimpin dalam parti itu sendiri hingga akhirnya membawa kepada berlakunya unsur penipuan dalam pemilihan itu.
Sebenarnya, memang terdapat cacat cela dalam pemilihan kali ini. Apakah relevannya pemilihan parti itu sehingga pemimpin tertinggi sendiri mencampuri urusan pemilihan? Apa motif Anwar memenangkan Azmin dalam Pemilihan ini?

Relevankah dalam ramai2 yang mengundi, seorang calon boleh mng besar mengatasi calon2 lain dgn majoriti yang amat besar???  Sehinggakan di suatu kawasan, hanye 4 undi diterima Zaid, 0 undi utk Mustaffa manakala majoriti untuk Azmin????

Kenapa perlu adakan pemilihan jika perlu menipu??? Bukankah membazir namanya?? Bazir wang rakyat? Bazir masa? Bazir kertas?

Apa sebenarnya motif Anwar??? Seriously, kini kepercayaan aku pada Anwar menurun 60%. Apekah Anwar dan Azmin mempunyai agenda tersendiri?

Walaubagaimanapun, langkah Chegu Bard dlm memberi langkah penyelesaian harus dipuji. Dan Presiden Wan Azizah harus campur tangan dalam isu ini. Jangan biar parti rosak dimakan orang2 dalam.

Ape2 pown, Selamat Mengundi bg Ahli2 PKR yag bakal mengundi. Tunjukkan kuasa anda walaupun pemilihan ini berat sebelah. Sekurang-kurangnya anda telah mencuba menyelamatkan parti.




No comments:

Post a Comment